Ar-Rahn merupakan usaha murni Permodalan Kelantan Berhad dan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad bermatlamat memberi peluang bermuamalat berlandaskan syariah kepada masyarakat. Cawangan pertama beroperasi pada 12 Mac 1992 di Jalan Suara Muda atau lebih dikenali dengan Lorong Pohon Pinang, Kota Bharu Kelantan. Ianya direalisasikan dari dasar ‘Membangun Bersama Islam’ oleh kerajaan negeri dengan memberi alternative muamalat kepada rakyat yang berkonsepkan syariah.
Ar-Rahn memberikan kemudahan yang boleh dinikmati oleh pelanggan dengan mudah dan tidak membebankan. Ar-Rahn dapat membantu pelanggan secara ADIL.TELUS.MUDAH tanpa memerlukan dokumen dan proses yang menyulitkan.