TERMA DAN SYARAT
TERMA & SYARAT
Bahagian A: Peraturan Umum
1. Pengenalan
Terma dan Syarat ini (“Terma”) merupakan terma antara Pengguna Portal (“anda”) dan Permodalan Kelantan Berhad (“PKB”, “kami”) bagi penggunaan portal Speed Payment Ar-Rahn Electronic (“SPARE”, “portal”). Dalam menggunakan Portal kami, anda dinasihatkan supaya membaca Terma dan Syarat ini dengan cermat kerana ia memberi kesan terhadap hak dan liabiliti anda di bawah undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, anda tidak seharusnya menggunakan Portal ini.
2. Defini dan Tafsiran
- Definisi
Istilah berikut mempunyai maksud seperti yang berikut:
- “PKB” Permodalan Kelantan Berhad (No. Syarikat 70168-U) yang mempunyai pejabat berdaftar di Tingkat 8, Bangunan Pejabat Kelantan Trade Centre, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan;
- “Hak Harta Intelek” merangkumi mana-mana paten, hakcipta, reka bentuk yang didaftarkan, tanda perdagangan, hak dalam reka bentuk, tanda perkhidmatan, hak di bawah lesen atau hak perindustrian atau harta intelek yang lain, sama ada mana-mana yang tersebut adalah berdaftar atau tidak berdaftar dan termasuk permohonan bagi pendaftaran mana-mana yang tersebut dan semua bentuk perlindungan yang serupa atau mempunyai kesan yang sama yang mungkin wujud di Malaysia dan/atau di mana sahaja di dunia;
- “Pengguna Portal” ertinya mana-mana pengguna Portal yang mengakses atau menggunakan Portal bagi tujuan membuat bayaran bagi Gadaian atau Pembiayaan yang dibuat di Ar-Rahn (Pajak Gadai) PKB;
- “SPARE” ertinya Speed Payment Ar-Rahn Electronic, iaitu portal atau suatu platform dalam talian yang membolehkan pelanggan atau wakil pelanggan Ar-Rahn PKB untuk membuat bayaran.
- Tafsiran
Terma dan Syarat ini bertujuan untuk memudahkan dan tidak sama-sekali menjejaskan tafsiran, dan melainkan jika konteks menghendaki sebaliknya:
- perkataan tunggal dianggap sebagai merangkumi jamak dan sebaliknya;
- perkataan yang digunakan untuk mewakili satu jantina dianggap sebagai merangkumi jantina yang lain;
- rujukan kepada suatu pihak merangkumi pelaksana, pentadbir, pengganti dan serahhak yang dibenarkan pihak tersebut;
- rujukan kepada suatu hak merangkumi remedi, kuasa, autoriti, budi bicara atau faedah;
- rujukan kepada perundangan merangkumi apa-apa pindaan kepada perundangan tersebut, apa-apa penyatuan atau penggantinya, dan apa-apa perundangan subordinat yang dibuat di bawahnya dan apa-apa kaedah, peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan di bawah perundangan tersebut atau perundangan subsidiari;
- rujukan kepada suatu dokumen, termasuk Terma dan Syarat ini, merangkumi apa-apa pindaaan atau tambahan kepada, atau gantian atau novasi terhadap dokumen tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan;
- sekiranya suatu perkataan atau frasa ditakrifkan, apa-apa bentuk tatabahasa perkataan atau frasa tersebut akan mempunyai maksud yang sama; dan
- contoh-contoh yang digunapakai adalah deskriptif semata-mata dan tidak sepenuhnya dan muktamad.
3. Kesan
- Dengan terus melayari dan menggunakan Portal ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma dan Syarat
- Kami berhak mengubah, mengubahsuai, menambah atau mengeluarkan Terma dan Syarat dan Syarat ini atau sebahagian daripadanya, pada bila-bila masa. Perubahan akan terpakai apabila dipaparkan di Portal. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang ditanggung atau dialami oleh anda akibat kegagalan anda untuk memahami Terma dan Syarat yang dipinda. Anda dianggap telah bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma dan Syarat ini sekiranya anda terus menggunakan Portal ini selepas pindaan Terma dan Syarat ini dipaparkan.
- Anda hendaklah mematuhi Terma dan Syarat ini dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kerugian dan kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelanggaran atau kegagalan anda untuk mematuhi Terma dan Syarat
4. Hak untuk Mengguna
- Anda memberi jaminan dan berjanji untuk tidak:
- menyusun semula, menterbalikatur (“reverse engineering”), mengenyahhimpun (“disassemble”), memanipulasi, menyalin kesemua atau mana-mana bahagian Portal atau isi kandungannya (dan tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama);
- melanggar mana-mana Hak Harta Intelek yang berkaitan dengan mana-mana harta intelek yang boleh diakses di dalam atau melalui Portal;
- memberi maklumat atau isi kandungan yang palsu, mengelirukan, mempunyai unsur penipuan, menyalahi undang-undang, mengancam, lucah, mempunyai unsur kebencian atau mengandungi fitnah;
- menggunakan Portal untuk mengumpul data peribadi pihak lain bagi tujuan mengeluarkan komunikasi yang tidak diminta (unsolicited communications);
- menggunakan Portal dalam apa cara sekalipun yang akan merosakkan atau menjejaskannya; atau
- memuat naik sebarang virus ke dalam Portal.
- Sekiranya anda memberi kami maklumat tentang orang lain, sebagai contoh, maklumat peribadi pengarah, pemegang saham atau pekerja syarikat anda, anda memberi jaminan dan memberi representasi bahawa:
- anda telah memperolehi persetujuan orang tersebut untuk kami memproses data peribadinya; dan
- anda telah memberikan Notis Perlindungan Data Peribadi PKB kepada orang tersebut.
- Anda adalah bertanggungjawab dan bertanggungan terhadap segala penggunaan Portal.
- Anda bersetuju bahawa pihak kami tidak mempunyai apa-apa obligasi untuk menerima, menyemak, memantau, atau menyelenggara sebarang kandungan yang disediakan oleh anda atau mana-mana pihak lain.
5. Sekatan
- Dengan menggunakan Portal, anda secara nyata memberi representasi dan menjamin bahawa anda berhak secara sah dan mempunyai keupayaan untuk menerima dan bersetuju dengan Terma dan Syarat
- Anda bertanggungjawab atas penggunaan Portal termasuklah untuk mendapatkan akses rangkaian data yang diperlukan untuk menggunakan Portal. Fi pemesejan boleh dikenakan dalam menggunakan Portal dan anda akan bertanggungjawab ke atas fi tersebut.
- Anda menggunakan Portal di atas risiko anda sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan kepada, atau virus atau kod lain yang boleh menjejaskan apa-apa perkakasan atau peranti, perisian, data atau harta lain disebabkan akses atau penggunaan Portal oleh pihak anda.
- Anda hanya boleh mengakses Portal dengan menggunakan cara yang dibenarkan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa dan memastikan bahawa anda telah memuat turun dan/atau mengemas kini perisian yang betul untuk perkakasan dan peranti yang digunakan untuk mengakses Portal. Kami tidak menjamin bahawa Portal, atau mana[1]mana bahagian Portal, akan berfungsi pada sebarang perkakasan atau peranti tertentu. Kami tidak bertanggungjawab jika anda tidak mempunyai perkakasan atau peranti yang serasi atau jika anda telah memuat turun versi salah perisian pada perkakasan atau peranti anda. Kami berhak untuk tidak membenarkan anda menggunakan Portal sekiranya anda menggunakan Portal dengan perkakasan atau peranti yang tidak sesuai atau tidak sah, atau bagi tujuan selain daripada tujuan yang dimaksudkan atau dibenarkan.
- Anda hendaklah menggunakan Portal mengikut dan selari dengan mana-mana arahan untuk penggunaan Portal yang kami keluarkan dari semasa ke semasa, Terma dan Syarat ini dan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia pada masa yang berkenaan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Anda dilarang menggunakan Portal dengan apa jua cara bagi tujuan:
- penipuan, jenayah atau perkara yang menyalahi undang-undang;
- menyebarkan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan;
- perkara yang mungkin lucah, tidak senonoh, mengandungi unsur pornografi, mengandungi perkataan kesat atau kotor, rasis, seksis, mendiskriminasi, menyakitkan hati, menghina, berbahaya, menganggu, mengancam, memalukan, berniat jahat, kasar, berunsur kebencian, mengancam, memfitnah, tidak benar atau berunsur politik;
- menyamar sebagai orang lain atau badan yang lain atau memberi gambaran yang salah tentang hubungan dengan mana-mana orang atau badan;
- mengganggu Pengguna Akhir atau Pemberi lain;
- yang boleh memungkiri atau melanggar Hak Harta Intelek mana-mana pihak ketiga;
- yang mungkin bertentangan dengan kepentingan kami;
- yang bertentangan dengan mana-mana peraturan atau kehendak tertentu yang telah kami tetapkan di Portal berhubung dengan bahagian tertentu Portal dan/atau berhubung dengan Portal secara amnya;
- memperkenalkan virus komputer dan/atau rutin pengaturcaraan komputer lain seperti apa-apa virus, malware, e-mel yang tidak diminta (unsolicited e-mails), Trojan horses, trap doors, back doors, worms, time bombs or cancelbots yang boleh merosakkan, menjejaskan, memintas secara rahsia atau merampas mana-mana sistem, data atau maklumat peribadi yang berkaitan dengan atau terkandung dalam Portal;
- mewujudkan liabiliti untuk kami atau menyebabkan kami kehilangan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, perkhidmatan penyedia perkhidmatan internet kami atau pembekal lain; atau
- melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan di Malaysia.
- Kami berhak untuk membuang mana-mana maklumat yang disiarkan di dalam Portal (jika ada) yang kami anggap sebagai melanggari kehendak-kehendak di atas, mengikut budi bicara kami.
6. Waktu Perkhidmatan dan Ketepatan
- Waktu perkhidmatan Portal adalah dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam, namun kami tidak boleh dipertanggungjawabkan jika atas apa jua sebab Portal tidak tersedia pada bila-bila masa atau untuk sebarang tempoh. Kami tidak memberi jaminan atau menjamin bahawa akses anda ke Portal tidak akan terganggu atau bebas daripada kesilapan.
- Akses ke Portal boleh digantung atau ditarik balik secara sementara atau selama-lamanya pada bila-bila masa dan tanpa notis jika tindakan sedemikian dianggap perlu oleh kami. Kami mungkin menggantung sementara penyediaan Portal disebabkan pembaikan, penyelenggaraan, pemeriksaan, penggantian, kerosakan kemudahan komunikasi atau pengenalan kemudahan dan fungsi baru. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa ganti rugi atau kerugian yang anda atau pihak ketiga mungkin alami akibat penggantungan sementara atau kekal Portal.
7. Kerahsiaan
Portal ini membolehkan anda mengakses atau melihat maklumat yang bersifat rahsia, sama ada maklumat tersebut dinyatakan sebagai rahsia atau tidak. Maklumat tersebut mungkin berkaitan dengan kami atau pihak lain. Sekiranya anda dapat mengakses atau melihat maklumat tersebut, anda menjamin dan memberi representasi bahawa melainkan jika pendedahan tersebut disediakan dengan jelas di bawah Terma dan Syarat ini, anda tidak akan dan tidak akan membenarkan pihak lain untuk mendedahkan atau mengeluarkan semula maklumat tersebut tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan pemilik maklumat tersebut. Namun, anda boleh mendedahkan maklumat tersebut sekiranya:
- maklumat tersebut sudah berada dalam domain awam selain daripada melalui pendedahan anda;
- maklumat tersebut telah diperolehi secara sah atau diperolehi daripada pihak ketiga yang mempunyai hak yang sah dan bebas untuk mendedahkannya; atau
- pendedahan maklumat tersebut dikehendaki oleh undang-undang.
8. Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial
- Portal mungkin mengandungi pautan dan/atau rujukan kepada laman web dan platform media sosial lain (“Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial”). Ini mungkin merangkumi pengiklanan yang berasal dari Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial. Sekiranya Portal merangkumi sebarang pengiklanan seperti itu, kami tidak bertanggungjawab ke atas kesahihan atau sebarang kesilapan atau ketidaktepatan dalam bahan pengiklan atau untuk tindakan atau peninggalan pengiklan.
- Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial tidak disiasat, dipantau atau diperiksa untuk ketepatan atau kesempurnaan oleh kami.
- Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap isi kandungan, ketepatan dan/atau pendapat yang dinyatakan dalam Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial. Kemasukan atau rujukan ke Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial tidak bermakna kelulusan atau pengesahan daripada pihak kami.
- Sekiranya anda membuat keputusan untuk meninggalkan Portal dan mengakses Laman Web Pihak Ketiga dan Platform Media Sosial, anda melakukannya atas risiko anda sendiri.
9. Hak Harta Intelek
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara nyata dalam Terma dan Syarat ini, tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini yang dianggap sebagai memberi kepada anda atau kepada pihak ketiga apa-apa lesen atau hak, secara implikasi, “estoppel” atau sebaliknya, di bawah mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah termasuk, yang berkaitan dengan Hak Harta Intelek. Anda bersetuju bahawa semua harta intelek yang muncul di dalam Portal adalah hak milik pemilik masing-masing. Anda tidak boleh menggunakan, menyalin, menghantar, mengedar atau menyiarkan apa-apa karya termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, gambar, video dan kandungan lain yang terdapat di dalam Portal tanpa kebenaran pemilik masing-masing.
10. Kenyataan Penafian (“Disclaimer”)
- Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit atau punitif, walau bagaimana ia timbul termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kerosakan berkaitan dengan kehilangan masa, pendapatan, hasil, keuntungan, “goodwill” atau item lain yang serupa atau sebarang gangguan perniagaan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan untuk menghilangkan atau kelewatan dalam menghilangkan sebarang kandungan atau maklumat yang salah, menyalahi undang-undang atau berbahaya daripada Portal. Walau apa pun peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini, anda bersetuju bahawa Portal dan mana-mana dan semua kandungan, elemen, kemudahan atau keupayaannya yang berkaitan, disediakan berdasarkan sebagaimana sedia ada (“as-is-it”), dan atas risiko anda sendiri. Kami dengan jelas menafikan sebarang jaminan nyata dan tersirat, termasuk dan tidak terhad kepada, kesempurnaan atau ketepatan mana-mana maklumat yang diberikan atau disediakan kepada anda melalui Portal. Kami tidak menjamin bahawa Portal dan mana-mana kandungan, elemen, kemudahan atau keupayaan yang berkaitan akan bebas daripada gangguan atau kesilapan, bahawa kecacatan akan diperbetulkan, atau bahawa peralatan dan perisian yang menjadikan Portal tersedia adalah bebas daripada virus atau lain-lain komponen berbahaya.
- Sebarang liabiliti atau risiko yang berkaitan dengan transaksi yang anda lakukan akan ditanggung oleh anda. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian, kerosakan atau liabiliti yang ditanggung oleh anda yang timbul daripada transaksi tersebut.
- Kami tidak mengesyorkan atau mencadangkan, bukan merupakan ejen, dan tidak mempunyai kawalan ke atas Produk atau Perkhidmatan Nasihat dan dengan ini kami dengan jelas menafikan semua liabiliti dan tanggungjawab yang timbul berhubung dengan mana-mana Produk dan/atau Perkhidmatan Nasihat.
11. Indemniti
Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan membela dan melindungi Kami daripada semua tuntutan, ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang bersifat apa pun (termasuk kos atas semua indemniti) yang mungkin dikenakan atau yang mungkin diberikan kepada Kami dan yang timbul daripada penggunaan Portal oleh pihak anda atau daripada apa-apa pelanggaran waranti atau representasi yang diberikan oleh anda dalam Terma dan Syarat ini. Indemniti ini tidak tertakluk kepada apa-apa batasan liabiliti dan termasuk tanpa batasan, kos dan perbelanjaan termasuklah fi profesional yang ditanggung dalam bertindak balas terhadap menangani tuntutan yang dibuat tanpa mengira sama ada prosiding telah dimulakan.
Bahagian B: Penggunaan oleh Pengguna Akhir (“End User”)
12. Penggunaan Portal oleh Pengguna Akhir
- Sebagai seorang Pengguna Akhir, anda mungkin dikehendaki untuk memberi maklumat tertentu, termasuklah maklumat peribadi bagi tujuan Produk dan/atau Perkhidmatan Nasihat (“Maklumat”).
- Anda bersetuju bahawa dengan memberi Maklumat tersebut melalui Portal, anda telah memberi kebenaran untuk Maklumat tersebut diberi kepada:
- Pemberi bagi tujuan penilaian, kelulusan, pengeluaran atau pemberian Produk; dan
- Penasihat Perniagaan bagi tujuan penawaran Perkhidmatan Nasihat kepada anda.
- Anda dikehendaki memastikan dan mengesahkan nombor telefon yang didaftarkan di dalam rekod Sistem Ar-Rahn adalah betul dan terkini sebelum menggunakan Portal ini
Bahagian C: Pembayaran Dalam Talian (“Online Payment”)
- Di bawah adalah syarat penggunaan Portal, serta hak dan tanggungjawab anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan Portal ini:
- Semua jumlah dinyatakan ialah dalam RM – Ringgit Malaysia
- Waktu kesediaan Portal untuk bayaran adalah dari jam 6.00 pagi – 10.00 malam
- Pembayaran adalah melalui Financial Process Exchange (FPX)
- Fi sebanyak RM1.00 akan dikenakan bagi setiap transaksi bayaran
- Bayaran anda akan dikemaskini dalam tempoh satu jam setelah transaksi berjaya
- Anda akan menerima pengesahan bayaran pada skrin anda selepas pembayaran dibuat
- Anda boleh mencetak atau memuat turun Resit Pembayaran apabila transaksi anda telah berjaya di dalam Portal ini
- Anda boleh menghubungi Ar-Rahn Call Centre (ARCC) di talian 1300-22-4343 atau emel ke arrahncareline@gmail.com sekiranya transaksi bayaran gagal dikemaskini di dalam Portal ini selepas tempoh satu jam transaksi bayaran anda dibuat
- Senarai Perbankan Internet yang boleh dibayar melalui Portal ini adalah:
1. Affin Bank
2. Alliance Bank 3. AmBank 4. Bank Islam 5. Bank Rakyat 6. Bank Muamalat 7. BSN 8. CIMB Bank 9. Hong Leong Bank |
10. HSBC Kuwait Finance House Bank
12. Maybank 2E 13. Maybank 14. OCBC Bank 15. Public Bank |
Bahagian D: Manual Pengguna Portal
Bahagian E: Notis Privasi Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis Perlindungan Data Peribadi ini (dirujuk sebagai “Notis”) dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan bagi tujuan Notis ini, “Data Peribadi” membawa maksud seperti yang tercatat di dalam Akta. Notis ini dikuatkuasakan kepada orang yang berkaitan dengan Akta dan bertujuan untuk memberitahu bagaimana Data Peribadi anda dikawal, diproses dan/atau diguna oleh PKB. Permodalan Kelantan Berhad (dirujuk sebagai “PKB”) komited untuk melindungi data peribadi dan mengambil kira hak anda dalam pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan data peribadi anda. PKB sentiasa memberikan keutamaan tinggi terhadap perkara-perkara berkaitan perlindungan data peribadi anda. Data peribadi anda dikumpul secara terus daripada maklumat dan/atau dokumen/borang yang telah diberikan kepada PKB, daripada pihak ketiga atau platform dalam talian. Jenis data peribadi yang PKB ambil adalah termasuk tetapi tidak terbatas kepada maklumat perhubungan, maklumat latar belakang, data kewangan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan gadaian anda di PKB. Maklumat peribadi anda juga mungkin PKB perolehi dari sumber-sumber lain termasuk tetapi tidak terhad dari mana-mana pihak seperti badan kawal selia, mana-mana agensi rujukan kredit, agensi pencegahan penipuan dan rujukan jenayah kewangan, majikan anda, penjamin atau pembekal cagaran anda dan sumber-sumber lain di mana PKB mempunyai akses.
Maklumat peribadi anda diproses oleh PKB bagi tujuan berikut (“Tujuan”) :- i. Menilai permohonan untuk mana-mana perkhidmatan kami ii. Mengurus perniagaan PKB dan hubungan anda dengan PKB iii. Memberi anda maklumat perkhidmatan PKB dan tawaran yang mungkin menarik minat anda iv. Menilai dan menganalisa termasuk pembiayaan, risiko insurans, analisis pasaran, perkhidmatan dan penyelidikan pasaran v. Pencegahan, pengesanan atau pendakwaan jenayah dan pematuhan undang-undang dan peraturan vi. Menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian vii.Melindungi kepentingan PKB dan tujuan sampingan atau lain-lain tujuan yang berkenaan
Data peribadi anda boleh didedahkan oleh Syarikat kepada pihak yang berkaitan ; i. Agensi penguatkuasa undang-undang ii. Agensi Kerajaan iii. Syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai agen, kontraktor, pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat berkelayakan iv. Syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami memproses dan/atau melengkapkan transaksi dan memberikan permintaan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda. v. Rakan perniagaan kami dan pihak lain yang berkaitan bagi tujuan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda. vi. Sebarang agensi kewangan, agen pengutip hutang yang dibenarkan dalam undang-undang tetapi tertakluk kepada yang dibenarkan kepada kami. vii. Sebarang syarikat di dalam kumpulan yang mana memerlukan maklumat peribadi anda. viii. Pihak lain yang mana anda telah berikan kebenaran secara tertulis atau tersirat.
PKB akan menyimpan data peribadi anda selama mana perlu bagi PKB :
i. Berhubung dengan “Tujuan” di atas ii. Untuk menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan atau perlaksanaan apa-apa kontrak dengan anda iii. Untuk menyediakan anda dengan maklumat tentang PKB atau rakan kongsi perniagaannya dan selainnya, produk dan perkhidmatan yang boleh menarik minat anda iv. Untuk menyimpan rekod mana-mana transaksi sehingga 6 tahun bagi tujuan aduan atau pertikaian v. Untuk tempoh yang dikehendaki bagi memenuhi kehendak undang-undang
PKB komited dalam memastikan keselamatan data peribadi anda. Bagi mengelak akses tanpa kebenaran, PKB sudah melaksanakan kaedah pencegahan fizikal, elektronik dan prosedur pengesahan yang bersesuaian bagi melindungi dan memastikan keselamatan data peribadi yang dikumpulkan daripada anda dan/atau daripada sumber lain. Untuk memastikan bahawa data peribadi anda dalam penyimpanan PKB adalah tepat dan terkini, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada PKB dengan kadar segera sekiranya berlaku apa-apa ketidaktepatan atau apa-apa perubahan kepada data peribadi anda. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin mengakses data peribadi anda, sila hubungi PKB. PKB juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda. PKB hanya akan menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh PKB menyediakan perkhidmatan kepada anda, memenuhi keperluan peraturan dan perundangan, dan memenuhi keperluan dalaman PKB. Jika data anda tidak lagi memenuhi mana-mana keperluan di atas, PKB akan memusnahkan dan memadamkan secara kekal data peribadi anda. Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, permintaan atau mengemaskini data peribadi anda, menghapuskan maklumat peribadi anda atau menghadkan pemprosesan butir-butir peribadi anda, anda boleh menghubungi PKB sepertimana di bawah :- Permodalan Kelantan Berhad Tel : 09-7414343 Hotline : 1300-22-4343 Email : arrahncareline@gmail.com PKB mungkin mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan pada Notis Privasi ini, PKB akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut di laman web PKB atau menghantar pemberitahuan kepada anda secara terus. Semak semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara PKB melindungi maklumat anda. Tarikh Kemaskini : 8 Jun 2021
|
Bahagian F: Pelbagai
- Terma dan Syarat ini akan akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan kesemua pihak berkaitan bersetuju untuk berserah kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
- Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan sebaliknya dengan nyata di sini, tiada peruntukan Terma dan Syarat ini, nyata atau tersirat, dimaksudkan atau akan dianggap sebagai memberi hak, remedi, atau manfaat lain kepada pihak ketiga di bawah atau oleh sebab Terma dan Syarat
- Anda tidak boleh menggunakan atau merujuk kepada nama atau logo kami, atau merujuk kepada kami dengan apa jua cara:
- dalam apa-apa komunikasi kepada orang awam, termasuk komunikasi kepada pihak akhbar;
- untuk tujuan pengiklanan atau promosi; atau
- bagi maksud memaklumkan atau mempengaruhi mana-mana pihak ketiga, tanpa keizinan bertulis daripada kami terlebih dahulu.
- Terma dan Syarat ini akan mengikat dan memihak kepada pihak-pihak berkaitan dan penerima, wakil dan pengganti mereka yang dibenarkan.
- Kami berhak untuk memberikan, mewakilkan atau memindahkan apa-apa hak atau kewajipan di bawah Terma dan Syarat ini, mengikut budi bicara mutlak, kepada pihak ketiga. Anda tidak boleh memberikan, mewakilkan atau memindahkan apa-apa hak atau kewajipan di bawah Terma dan Syarat ini kepada pihak ketiga tanpa kelulusan bertulis daripada kami terlebih dahulu.
- Sesuatu pihak melepaskan hak di bawah Terma dan Syarat ini hanya sekiranya pihak tersebut melakukan sedemikian secara bertulis. Tiada kegagalan atau kelewatan dalam menjalankan apa-apa hak di bawah Terma dan Syarat ini akan bertindak sebagai pengecualian hak tersebut atau memanjangkan atau memberi kesan terhadap peristiwa seterusnya atau menjejaskan apa-apa hak atau remedi berkaitan dengannya atau dengan apa-apa cara sekalipun mengubah atau mengurangkan hak kami atau hak anda di bawah Terma dan Syarat Pengecualian satu pelanggaran terma daripada Terma dan Syarat ini tidak beroperasi sebagai pengecualian pelanggaran lain bagi terma yang sama atau terma yang lain.
- Terma ini mengandungi kesemua pemahaman antara pihak-pihak kepada Terma dan Syarat tetapi hanya dengan yang berkaitan perkara tersebut dan menggantikan kesemua perjanjian atau pemahaman, dorongan atau syarat yang lepas, sama ada secara nyata atau tersirat, lisan atau bertulis.
- Jika mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini dianggap haram, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang pada masa kini atau masa akan datang, peruntukan tersebut akan terputus secara sepenuhnya dan Terma dan Syarat ini akan ditafsirkan dan dikuatkuasakan seolah-olah peruntukan yang haram, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut tidak pernah menjadi sebahagian daripadanya dan peruntukan yang selebihnya akan terus berkuat kuasa sepenuhnya dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang haram, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut atau oleh putusnya peruntukan tersebut.
- Kami berhak menamatkan keseluruhan atau sebahagian perkhidmatan pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab dengan serta merta tanpa memberi notis kepada anda sekiranya anda telah melanggar mana-mana terma dan syarat ini.
- Adalah menjadi tanggugjawab kami untuk menjaga privasi anda sebagai pengguna Portal ini dengan tidak menyunting dan mendedahkan apa-apa maklumat peribadi anda kepada pihak luar kecuali jika kami dikehendaki berbuat demikian seperti untuk tujuan rekod dan pengiklanan tetapi hanya tertakluk kepad agregat dan demografi sahaja.
SILA NYATAKAN SEBARANG PERTANYAAN ANDA MENGENAI TERMA DAN SYARAT INI KEPADA KHIDMAT PELANGGAN KAMI IAITU AR-RAHN CUSTOMER CARELINE (ARCC) DI TALIAN 1300 – 22 – 4343 ATAU MELALUI EMAIL arrahncareline@gmail.com