Program Musa’adah Ar-Rahn

Permodalan Kelantan Berhad (PKB) telah melancarkan program Musa’adah Ar-Rahn pada 11hb Mei 2020. Majlis pelancaran diadakan di ibu pejabat PKB yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tuan Haji Ab.Aziz Bin Yunus.

Program Musa’adah ini adalah berbentuk sumbangan barang keperluan kepada golongan asnaf yang memerlukan termasuk pelanggan Ar-Rahn dan kakitangan PKB yang berpendapatan rendah. Objektif pemberian sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban golongan asnaf yang memerlukan akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana mereka tidak dapat bekerja dan hilang sumber pendapatan disamping juga dapat meringankan beban bagi kakitangan PKB yang berpendapatan rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.
You need to agree with the terms to proceed

Menu