Kursus Ar-Rahn Operational Management (AOM)
Permodalan kelantan Berhad (PKB) telah mengadakan kursus Ar-Rahn Operational Management (AOM) kepada kakitangan cawangan francaisi PKB pada 22-24 & 28-29 September 2020. Kursus ini bertujuaan untuk memberi kefahaman mengenai sejarah dan konsep pelaksanaan sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn). Antara pengisian modul pembelajaran seperti Pengenalan Ar-Rahn & Pembangunan, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Pelanggan dan Komunikasi, Proses Gadai, Tebus, Lelong, Aplikasi Sistem Ar-Rahn dan sebagainya.




