Program Jom Timbang Emas (Cakna Zakat Emas) dengan Kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Ismail Petra (KIAS)
26 JAMADILAWAL 1445/ 10 DISEMBER 2023/ AHAD
Ar Rahn PKB bekerjasama dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) untuk Program Jom Timbang Emas (Cakna Zakat Emas) di Kompleks Masjid Redhauddin Wakaf Mek Zainab (KMR).
Program ini adalah sebahagian daripada Projek Kajian Penetapan Kadar Uruf Bagi Kadar Zakat Perhiasan Emas Negeri Kelantan yang diketuai oleh Dr Mohd Azhar Bin Abdullah di bawah Skim Geran Penyelidikan Luar KIAS yang dibiayai oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).