Majlis Perasmian Ruang Menunggu di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
18 November 2024
Majlis Perasmian Pembukaan Ruang Menunggu tajaan oleh Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg. Dato’ Sr. Haji Zamri Haji Ismail . Turut hadir ialah Tuan Haji Suhaimi bin Abdul Sani Pengurus LTSIP, En. Ahmad Nazri bin Haji Ismail Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) PKINK, Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, Ahmad Syarqawey bin Abdul Ghani Pengurus Perancangan Korporat Kumpulan PKINK, En Hassan Shukri bin Hussein, Pengurus Besar PKB, En Wan Azkan Wan Hassan Pengurus Kanan Kewangan dan Korporat, dan barisan pengurusan PKINK dan PKB serta dan LTSIP.
Tajaan ruang menunggu penumpang ini bertujuan untuk memberikan kemudahan yang kondusif serta mempromosikan Ar-Rahn kepada masyarakat dalam dan luar Kelantan khususnya para penumpang di LTSIP .
Ruang yang menempatkan 2 set sofa di laluan utama menuju ke pintu 7 dan 8 Pesawat Air Asia sekaligus diharap dapat memberi impak positif kepada Ar Rahn di masa hadapan.